Thursday, April 23, 2009

Nasquest Resources Sdn Bhd

Semalam aku interview..punya lama...sejam jugak laa..sebelum interview die suh aku jawab 3 soalan. 2 pakai word 1 lagi pakai excel..

Soalan senang..tapi aku biasala kalut semacam..diaorng komen aku excel ok. cuma word aku la..hehehe aku dah agak sangat..ayat senang nak faham tapi macam tunggang langgang la sikit..malu betul laa...

tapi..petang tu aku sakit kepala..bangun2 jea dapat msg dari yang tak dikenali.

"Hi, congratulations!.Please check your email."

hahaha..aku dah dapat kerja baru..nasib aku aqaknya..pagi2 aku pegi kerja sharifah datang kat aku kata aku diterima kerja dekat company bapak sedara die..waa...pening kepala aku plak nak buat pilihan..

tapi lepas hitung2..darab,bahagi,tolak dan campur aku pilih Nasquest Resources Sdn Bhd.kenapa?

1.aku yakin dengan company nie.
2.dekat bandar k.l
3.company bumiputera (senang bekerjasama)
4.benefit die lebih

nape aku tak pilih yang satu lagi? sebabnya:-

1.aku tak yakin
2.pejabat die scary kot!!
3.jauh..tak ada kemudahan transpot.
4.aku tak faham macam mana company 2 buat kerja diaorang
5.aku tak ingat nama company nie.

kalau diikutkan memang yang dekat subang nie bagi lagi tinggi tapi aku tak beminat..so aku punya suka la nak terima atau tidak kan?

start 4hb May...oklah..ibu suruh aku tinggal dengan pakcik...alasan lebih dekat tambang lebih murah..bukan tak nak tapi tau2 jea bila dah duduk dengan sedara mara..nak2 makcik aku..risau plak macam mana nanti..

tapi yang penting aku tak sabar nak mulakan kerja baru!!!

* ;))

Thursday, April 16, 2009

interview

alhamdulillah...

semalam aku dapat email dari sebuah syarikat provide oil dan gas... hari selasa nie aku akan pegi sana untuk interview..so terpaksala menipu..aku tak boleh mintak cuti...

jadi kesimpulannya adalah beli m.c....huhu..seumur hidup aku nie la kali pertama kali aku nak beli m.c...selama nie doktor kc..

hehehe...

**doakan aku yea...

kerenah

dulu abah cakap dekat aku...

"uya manusia ada macam2 perangai...dan tak semestinya die rapat dengan kita die suka kita..."

yea..dan aku akui memang benar...kerana aku sudah rasa ape yang dikatakan..kejamkan..tapi itulah manusia..selagi ada anak hadam di dunia nie syaitan tak akan sekali2 lupe untuk menambah perisa..

**aku takut untuk terhanyut dan terus terhanyut....

Tuesday, April 14, 2009

lega

semalam aku dah hantar surat berhenti...notis 2 minggu...xpernah aku rasa lega sangat macam ni...teramat sangat...

bos aku terkejut sangat...kenapa aku nak berhenti...macam2 dia tanya..tapi keputusan aku muktamad..biarlah..walaupun bodoh pandangan orang tapi aku yang merasakan..

ermm...aku dah berterus terang...jadi arini keputusan untuk tau bila tarikh sebenar aku akan berhenti..waaa...kejap lagi ada meeting department...aduhh die kata akan mention masa 2...

huhuhu...apa2 jealaa...niat aku nak bekerja...untuk cari pengalaman..tapi andai tempat sekarang nie aku disekat...aku akan lepaskan apa yang aku ada...tujuan aku bukan untuk menjadi hamba..ermm...

roomate aku cakap bodoh tul antar surat berhenti sebelum dapat kerja baru..eh suka hati akulaa...tak kemaruk aku nak kerja kat tempat nie!!!

banyak lagi kerja lain yang ada..lagi pun aku tak suka kerja dengan hsti ysng tidak ikhlas...sebabnya akan makan diri aku jugak..dan aku penat nak mengumpat supervisor aku 2...buat dosa jea..walaupun aku mengumpat dengan diri sendiri jea..

takpelaa..ini baru permulaan hidup..banyak lagi yang akan aku hadapi nanti...

ibu dan abah terima kasih kerana memahami situasi anakmu...

dan 'shaiful'..terima kasih kerana sentiasa ada disaat aku memerlukan


**jangan kau harap untuk berada disitu jika kau sendiri tidak pernah usaha ke arah itu..so just blame urself...

Thursday, April 9, 2009

kenapa?

sekarang time rehat..macam biasa aku memang akan tinggal sensorang dalam ofis.. yang lain semua pegi makan.

bosan! lagi sehari 2 ari jea nak balik..tak sabar betul..kalaulah boleh aku taknak datang sini dah.

macam mana nak berhenti yea? seksa nak tunggu 2 bulan lagi baru nak berhenti..

Monday, April 6, 2009

serabut

aku nak balik!!!!

nak tengok anak sedara baru.. NUR QISTINA ZULAIKHA..anak sulang untuk kakak aku..
tak sabar rasanya..

nanti aku updated gambar dekat sini..

Wednesday, April 1, 2009

kerja

ermm..

lama aku tak update blog.. bukan ape..sebenarnya aku dah lupa password...malas pulak nak mencari...huhu..

sekarang aku dah mula kerja. Tapi kenapa aku tak ada perasaan seronok langsung?
entahlah...

banyak yang perlu dipelajari lagi..aku sedia belajar jika ada yang sudi untuk mengajar..tapi kenapa manusia yea? semakin ko berada diatas..ditempat yang selesa selalu kau biarkan orang seperti aku terkapai2 sendiri..

yea aku tahu aku kene berusaha sendiri...aku cuba..tapi aku masih perlukan kalian...kerana tidak semua yang aku palajari sama dengan apa yang kamu praktickan..

yea...aku memang baru..sama juga dengan si dia..cuma aku lewat masuk 2 bulan dari dia.. tapi kenapa kau begitu 'bias'...kerana aku tidak seagama dengan kau? kerana aku bertudung? kerana aku Islam? ermmm...

walau apa2 pun aku cuma mampu meluahkan disini...kerana aku kau gelar budak baru yang tidak tahu apa2 dan tidak pernah kau cuba untuk membantu...

**buntu